[SINAR LIVE] Siapa sangka, siapa duga
Keputusan pilihan raya umum kali ini penuh dengan kejutan apabila menyaksikan tiada parti yang berjaya peroleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.
PN berjaya kuburkan banyak nama besar. Pakatan Harapan (PH) menguasai hampir semua kerusi Parlimen di kawasan bandar dan negeri-negeri di pantai barat semenanjung.
Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas gagal mempertahankan sejumlah besar kerusi yang dimenangi mereka pada PRU-14 lalu. Begitu juga dengan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mewakili Pejuang di Langkawi.
Namun, persoalan siapa individu yang akan memimpin negara masih samar-samar? Parti manakah yang akan berjaya membentuk kerajaan?
Ikuti perbincangan, ‘Siapa sangka, siapa duga’ bersama Penganalisis Politik, Profesor Dr Ahmad Martada Mohamed dan Timbalan Naib Canselor Unisel, Profesor Madya Dr Hamdan Mohd Salleh dalam program Sinar Live, JAM 11 PAGI INI di semua platform digital Sinar Harian:
Facebook: https://bit.ly/3eRMif7
Portal: www.sinarharian.com.my
Twitter: https://bit.ly/3em9ymy
Youtube: https://bit.ly/3tieLju
Muzik: www.bensound.com
#SinarLive
#MalaysiaBerintegriti
#PerkasakanSuaraMalaysia
#PRU15